BANDAR GAZA: Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, berkata pada 28 November bahawa beliau “terkejut dan sedih” dengan pembunuhan dua kakitangan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) di sebuah klinik di Gaza oleh tentera Israel.
Tentera Israel melabelkan kedua-duanya sebagai “pengganas” Hamas.
Serangan pada malam 27 November itu berlaku walaupun terdapat gencatan senjata di wilayah Palestin yang musnah akibat perang...




