SEORANG suri rumah dan bekas guru agama sambilan warga Singapura telah dikenakan Arahan Penahanan (OD) sejak April, lapan bulan selepas dia dikenakan Arahan Sekatan (RO) dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Tingkah laku Ruqayyah Raml, 34 tahun, bertambah buruk dalam tempoh itu dan dia terus melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejas keselamatan negara, kata Jabatan Keselamatan Dalam...





