RAKYAT Singapura mempunyai identiti yang dikongsi dan ini sesuatu yang perlu diiktiraf sedang kita menerima dan menampilkan identiti individu masing-masing, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K Shanmugam, yang berkata identiti yang dikongsi ini menguatkan warga Singapura.
Bercakap demikian dalam wawancara radio semalam, menyusuli beberapa kejadian berbaur perkauman kebelakangan ini, Encik Shanmugam berkata isu perkauman telahpun berlaku sejak...





