SEBANYAK 18 kes Covid-19 baru disahkan hingga tengah hari Sabtu (12 Jun), menjadikan jumlah 62,263 jangkitan di Singapura sejauh ini. Ini termasuk sembilan kes dalam masyarakat, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Empat kes dalam masyarakat yang dilaporkan berkait dengan kes terdahulu, dengan tiga daripadanya telah pun dikuarantin. Baki satu dikesan menerusi pemantauan.





