WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, semalam mengkritik pembikinan filem yang memaparkan tindak balasnya terhadap insiden serangan berdarah di masjid Christchurch pada 2019 dengan menyifatkannya "ini bukanlah masanya".
Filem bertajuk They Are Us (Mereka adalah kami) yang disokong Amerika Syarikat itu menimbulkan kritikan hebat dalam kalangan umat Islam di New Zealand dengan pemimpin komuniti membantah projek didakwa sebagai...





