GERAN bernilai $3 juta telah dilancarkan bagi membiaya program latihan bagi pekerja berkemahiran rendah dan pekerja berusia dalam sektor penerbangan.
Mengumumkan demikian pada Selasa, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) berkata 3,000 pekerja termasuk pekerja pembersihan, pekerja khidmat troli, pegawai landskap, penyelaras teksi dan penghantar barang dijangka dapat memanfaatkan geran ini.





