SIASATAN tatatertib berhubung aduan salah laku Cik Parti Liyani terhadap dua pendakwa yang mengendalikan perbicaraan terhadap beliau dijadualkan didengar pada September.
Cik Parti mengemukakan permohonan pada Jun 2020 untuk memulakan prosiding tatatertib terhadap Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tan Yanying dan Tan Wee Hao.





