Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aduan Parti terhadap DPP didengar pada Sep

Jun 23, 2021 | 5:30 AM
f6a23939-08c7-42f9-9887-ec77ab091668
-

SIASATAN tatatertib berhubung aduan salah laku Cik Parti Liyani terhadap dua pendakwa yang mengendalikan perbicaraan terhadap beliau dijadualkan didengar pada September.

Cik Parti mengemukakan permohonan pada Jun 2020 untuk memulakan prosiding tatatertib terhadap Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tan Yanying dan Tan Wee Hao.

Aduan beliau ialah berkenaan cara pemeriksaan balas dilakukan ke atasnya berkaitan alat DVD yang beliau dituduh curi dariapda bekas majikannya.

Cik Parti mendakwa semasa perbicaraan mahkamah daerah pada 2018 bahawa pendakwa raya itu membuat tanggapan palsu bahawa alat DVD tersebut berfungsi sepenuhnya semasa demonstrasi peranti itu.

Pada Oktober tahun lalu, Ketua Hakim Sundaresh Menon membenarkan satu pengadilan disiplin dilantik untuk menyiasat aduan tersebut.

Peguam Peter Low dan Choo Zheng Xi mewakili Cik Parti.

Cik Tan diwakili oleh Peguam Kanan Davinder Singh, sementara peguam Encik Tan ialah Peguam Kanan Jason Chan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg