KUALA LUMPUR: Fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijadual berakhir hari ini, tidak akan ditamatkan malah akan diteruskan mungkin hingga pertengahan Julai ini, kata Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata fasa pertama itu akan dilanjutkan memandangkan jumlah kes Covid-19 di negara ini belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 kes...





