UJIAN yang dilakukan ke atas pekerja penjagaan kesihatan di Hospital Besar Changi (CGH) tidak menemui sebarang kes Covid-19 baru sejak sebuah kelompok muncul di hospital tersebut minggu lalu.
Langkah-langkah kawalan telah diperketat sejak kakitangan pertama dalam kelompok itu diuji positif, menurut CGH dalam satu kenyataan pada Isnin (28 Jun).





