PANDEMIK Covid-19 telah mengubah dengan mendadak cara hidup kita dengan pelbagai langkah jarak selamat dilaksana oleh pemerintah demi menyekat penularan virus itu dan melindungi golongan lemah, termasuk warga emas.
Sedang langkah-langkah itu penting, kekurangan interaksi sosial boleh menjejas kesejahteraan psikologi dan kesihatan mental warga emas kita, lantas menyebabkan kesunyian dan kemurungan dalam cara hidup terasing.





