SESI latihan dalam kem bagi askar kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) telah ditunda manakala ujian kecekapan fizikal individu (IPPT) serta latihan kecergasan lain pula digantung serta-merta hingga 13 Jun, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Selasa (18 Mei).
Langkah-langkah ini bertujuan melindungi kesihatan dan kesejahteraan askar kerahan di samping mengekalkan kesediaan operasi mereka dalam keadaan pandemik Covid-19 ini masih menular, tambah Mindef...





