PEMBANTU rumah migran di Singapura digalakkan agar duduk di rumah sewaktu hari rehat mereka sejajar dengan langkah kewaspadaan Covid-19 yang dipertingkat di negara ini.
Mereka juga perlu patuh pada Langkah Pengurusan Selamat (SMM) yang berkuat kuasa bagi Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) dan harus diperhatikan setiap orang.





