TIGA kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan penghuni dormitori melibatkan pekerja binaan di H&W Communications Pte Ltd yang menetap di dormitori Harvest @ Woodlands (280 Woodlands Industrial Park E5).
Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Selasa (25 Mei), mereka adalah rakan sebilik dengan seorang pekerja binaan berusia 46 tahun yang dijangkiti Covid-19 sebelum ini.





