Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes Covid-19 di dormitori Harvest @ Woodlands libatkan 3 pekerja binaan

May 25, 2021 | 11:27 PM
Foto DORMITORI HARVEST @ WOODLANDS, HASIL TANGKAP LAYAR GOOGLE MAPS
Foto DORMITORI HARVEST @ WOODLANDS, HASIL TANGKAP LAYAR GOOGLE MAPS -

TIGA kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan penghuni dormitori melibatkan pekerja binaan di H&W Communications Pte Ltd yang menetap di dormitori Harvest @ Woodlands (280 Woodlands Industrial Park E5).

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Selasa (25 Mei), mereka adalah rakan sebilik dengan seorang pekerja binaan berusia 46 tahun yang dijangkiti Covid-19 sebelum ini.

Tiga individu ini dikesan dijangkiti koronavirus apabila mereka menjalani ujian pada 22 Mei sebagai sebahagian Ujian Rutin Yang Dijadualkan (RRT). Salah seorang daripada mereka demam pada hari ujian manakala dua yang lain tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan.

Mereka disahkan positif Covid-19 pada 24 Mei.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg