SATU tinjauan bersifat lucah yang menyenaraikan nama asatizah wanita setempat kian menjadi tular di media sosial, dengan beberapa asatizah dan tokoh politik berkata tindakan harus diambil terhadap dalang sebalik tinjauan itu.
Senarai tersebut didedahkan oleh Ustaz Muhammad Zahid Mohd Zin, yang giat di media sosial, lewat malam Rabu (26 Mei) di akaun Instagram beliau.





