LEBIH ramai duta jarak selamat dan pegawai penguatkuasaan akan dikerahkan ke Kampong Glam sepanjang Ramadan untuk mengingatkan orang ramai agar mematuhi langkah pengurusan selamat (SMM) dan memastikan kesejahteraan masyarakat.
Ini memandangkan interaksi dalam masyarakat dijangka meningkat dalam bulan Ramadan, terutamanya di Kampong Glam, yang menjadi pusat kegiatan dalam tempoh itu, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Penguasa Pembangunan Semula Bandar...





