Setiap kali Ramadan, Kampong Glam pasti menjadi tumpuan masyarakat Melayu/Islam. Dari keperluan pakaian dan perhiasan sempena Hari Raya hinggalah juadah berbuka daripada pelbagai jenis restoran - tradisional, juadah Timur Tengah dan 'hipster' - Kampong Glam memenuhi citarasa hampir segenap lapisan usia. Dek pandemik Covid-19, keadaan di Kampong Glam pada Ramadan lalu begitu suram. Namun, tahun ini, dengan beberapa kelonggaran yang...





