ANGGOTA Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Encik Louis Ng, sedang disiasat polis kerana tidak memohon permit sebelum membuat lawatan ke pusat penjaja dan membawa poster kecil pada Jun tahun lalu.
Encik Ng telah memaklumkan tentang lawatannya ke Pusat Penjaja Yishun Park di Facebook pada 20 Jun, dan menggalak penduduk membuat lawatan ke pusat penjaja tersebut untuk memberi sokongan kepada mereka.





