Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tidak dapat permit pegang poster sokong penjaja: Polis siasat AP Louis Ng

Mar 4, 2021 | 5:30 AM
SEDANG DISIASAT: AP Nee Soon GRC Encik Louis Ng (kanan) sedang disiasat polis atas kesalahan membuat perhimpunan awam tanpa permit. - Foto FACEBOOK LOUIS NG
SEDANG DISIASAT: AP Nee Soon GRC Encik Louis Ng (kanan) sedang disiasat polis atas kesalahan membuat perhimpunan awam tanpa permit. - Foto FACEBOOK LOUIS NG -

ANGGOTA Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Encik Louis Ng, sedang disiasat polis kerana tidak memohon permit sebelum membuat lawatan ke pusat penjaja dan membawa poster kecil pada Jun tahun lalu.

Encik Ng telah memaklumkan tentang lawatannya ke Pusat Penjaja Yishun Park di Facebook pada 20 Jun, dan menggalak penduduk membuat lawatan ke pusat penjaja tersebut untuk memberi sokongan kepada mereka.

Daripada empat gambar yang dimuat naik bersama catatan itu, Encik Ng dilihat memegang sekeping kertas dengan ayat "Sokong Mereka" bersama satu emoji muka tersenyum.

Dalam satu kenyataan semalam, polis berkata mereka telah menyiasat kesalahan yang mungkin telah dilakukan berkenaan perhimpunan awam tanpa permit oleh Encik Ng, lapor akhbar The Straits Times (ST).

"Pihak kami sudah menyoal siasat Encik Ng. Siasatan polis masih dijalankan," tambah polis.

Semalam, Encik Ng berkata di Facebooknya beliau berada di Pusat Penjaja Yishun Park Jun tahun lalu untuk melakukan lawatan biasa.

"Ini merupakan lawatan penting kerana kami baru sahaja keluar dari pemutus litar. Saya berada di sana untuk memastikan penjaja kita berada dalam keadaan baik. Seperti yang diketahui, mereka terjejas teruk akibat semasa pemutus litar.

"Saya juga mahu menggalak penduduk untuk memberi sokongan kepada penjaja kita dan memegang satu poster kecil untuk menunjukkan hal sedemikian dan mengambil gambar bersama mereka," katanya.

Beliau menambah bahawa beliau disuruh pihak polis mengeluarkan kenyataan tentang hal ini, dan telah melakukan yang demikian.

Mengambil bahagian dalam satu perhimpunan awam tanpa permit polis tidak dibenarkan dan satu kesalahan di bawah Akta Ketenteraman Awam.

Di bawah Akta itu, sesuatu "perhimpunan" bermaksud berkumpul atau membuat pertemuan dengan tujuan menunjukkan sokongan untuk, atau menentang pandangan atau tindakan seseorang, kumpulan atau pemerintah.

Menghebahkan sesuatu kempen, memperingati sesuatu acara, dan membuat demonstrasi bersendirian juga termasuk di bawah akta ini.

Perhimpunan awam merujuk kepada sesuatu perhimpunan yang diadakan di tempat awam atau di mana orang awam dijemput atau dibenarkan untuk hadir.

Mereka yang mengadakan perhimpunan awam tanpa permit boleh didenda sebanyak $5,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg