PEMERINTAH pada Khamis (4 Mac) telah menggesa warga Singapura yang kini berada di Myanmar untuk meninggalkan negara itu secepat mungkin.
Satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) juga meminta warga Singapura agar tidak melakukan perjalanan ke Myanmar di mana orang ramai melakukan bantahan terhadap tentera di serata negara itu.






