USAHA menentang ekstremisme agama mesti terus dibina atas dasar kepercayaan dan persefahaman yang kukuh dalam kalangan masyarakat agama dan etnik yang berbeza di negara ini, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.
Malah, kepercayaan dan persefahaman itu harus terus dibina dalam generasi rakyat Singapura yang seterusnya, dan tidak pernah harus diambil ringan, tambah beliau.





