MANCHESTER: Perlawanan kelayakan Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung di Eropah mulai minggu depan akan terjejas akibat keputusan kelab yang enggan melepaskan pemain untuk tugas antarabangsa, menyusuli sekatan perjalanan dan peraturan kuarantin Covid-19 yang dikenakan.
Kelmarin, kelab Italy Inter Milan mengumumkan bahawa semua pemain mereka akan tidak akan dilepaskan untuk perlawanan antarabangsa selepas mencatat dua lagi kes Covid-19 di dalam kelab...





