Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Covid-19 jejas perlawanan kelayakan Piala Dunia

Mar 20, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Perlawanan kelayakan Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung di Eropah mulai minggu depan akan terjejas akibat keputusan kelab yang enggan melepaskan pemain untuk tugas antarabangsa, menyusuli sekatan perjalanan dan peraturan kuarantin Covid-19 yang dikenakan.



Kelmarin, kelab Italy Inter Milan mengumumkan bahawa semua pemain mereka akan tidak akan dilepaskan untuk perlawanan antarabangsa selepas mencatat dua lagi kes Covid-19 di dalam kelab tersebut.



Kelab liga Jerman, Bundesliga, juga berkemungkinan tidak akan melepaskan pemain Austria mereka untuk perlawanan menentang Scotland pada 26 Mac ini meskipun perlawanan akan terus berlangsung dengan pasukan Austria dijangka menampilkan pasukan yang lemah.



Kelab Perancis di Ligue 1 dan Ligue 2, turut mengambil pendekatan tidak akan melepaskan pemain asing yang dipanggil untuk mewakili pasukan kebangsaan mereka jika pasukan bermain di luar Kesatuan Eropah (EU) kerana peraturan kuarantin Covid-19 yang ketat, kata liga profesional Perancis (LFP).



Fifa sebelum ini telah melonggarkan peraturannya, yang mewajibkan kelab melepaskan pemain untuk tugas antarabangsa, jika ada larangan perjalanan ke atau dari lokasi, atau jika pemain itu akan terjejas dengan peraturan kuarantin.



Larangan Inter melepaskan pemain mereka bermakna pemain Belgium, Romelu Lukaku, dan pemain Denmark, Christian Eriksen, akan kekal di Milan bersama pemain Italy menjelang perlawanan negara itu menentang Ireland Utara, Bulgaria dan Lithuania.



Pengurus Bayern Munich, Hansi Flick, pula berkata pemain pertahanan Austria, David Alaba, tidak akan dilepaskan untuk perlawanan di Scotland sambil menambah bahawa situasi penyerang Poland, Robert Lewandowski, masih belum ditentukan sama ada beliau dapat beraksi untuk perlawanan menentang Hungary, England dan Andorra.



Pemain tengah Borussia Dortmund berusia 17 tahun, Jude Bellingham, telah disenaraikan dalam skuad England untuk menentang San Marino, Albania dan Poland, tetapi beliau juga mungkin tidak dibenarkan menyertai pasukan Three Lions itu kerana larangan perjalanan Covid-19 di Jerman.



"Kami masih menyenaraikan namanya dalam skuad tetapi saat ini, peraturan kuarantin di Jerman mungkin akan memaksa kami menggantikan beliau," kata pengurus England, Gareth Southgate.



"Kami masih menyiasat apa yang mungkin kami lakukan kerana kami mahu beliau bersama kami."



Namun pengurus Perancis, Didier Deschamps, berkata bahawa beliau akan mempunyai skuad penuh untuk perlawanan mereka di padang sendiri menentang Ukraine dan perlawanan di Kazakhstan serta Bosnia dan Herzegovina.



"Semua pemain hadir di 'gelembung' kami di Clairefontaine (pangkalan latihan Perancis). Kami mempunyai perjanjian dengan semua pemerintah di negara-negara di mana pemain Perancis berada agar mereka dapat bersedia sekarang (untuk Perancis) dan juga ketika mereka kembali ke kelab mereka," kata Deschamps.



Selain perlawanan antara negara Eropah, kelayakan Piala Dunia 2022 juga akan diadakan di Asia dan wilayah Gabungan Bola Sepak Amerika Utara, Amerika Tengah dan Caribbean (Concacaf). - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >