REYKJAVIK: Sebuah gunung berapi meletus hanya 40 kilometer dari ibu negara Iceland, Reykjavik, kelmarin dengan mengeluarkan lava dan cahaya merah menyala ke langit ketika zon larangan terbang diwujudkan di kawasan itu.
"Letusan gunung berapi telah bermula di Fagradalsfjall. Kod warna penerbangan berwarna merah tetapi sangat sedikit pergolakan dilihat pada seismometer," tulis Pejabat Meteorologi Iceland (IMO), yang memantau aktiviti gempa, di...





