KEPERLUAN sosial penduduk Geylang akan lebih dipenuhi dengan pelancaran pusat baru yang bertujuan membangun usaha sukarela dan menyatukan rakan kerjasama agar berusaha dan menggerakkan sumber secara bersama.
Pada Selasa (23 Februari), Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, menyaksikan acara memeterai Memorandum Persefahaman yang sekali gus membawa pada pelantikan badan amal Persatuan Khidmat Jagaan Masyarakat (CCSS) sebagai operator pusat sukarela...





