JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia mula mengedarkan vaksin Covid-19 yang dikeluarkan oleh Sinovac Biotech ke sekitar 34 wilayah serata negara itu pada Ahad (3 Jan).
Jurucakap Program Vaksinasi Covid-19, Siti Nadia Tarmidzi, mengatakan setakat ini pemerintah terus membuat persiapan agar program vaksinasi berjalan lancar.





