KUMPULAN pertama seramai 25 pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah yang menduduki peperiksaan Program Diploma Baccaulaureate Antarabangsa (IBDP) tahun lalu berjaya meraih keputusan amat memberangsangkan, dengan murid terbaik mendapat 42 daripada keseluruhan 45 mata.
Kesemua 25 pelajar itu lulus dan menerima Diploma Dwibahasa - diberikan kepada pelajar yang berjaya mendapat gred 3 atau lebih tinggi dalam dua bahasa.





