WARGA Singapura yang pendapatan mereka terjejas dek pandemik namun tidak dapat menunjukkan bukti dokumen untuk menerima Geran Pemulihan Covid-19 (CRG) boleh ke pejabat perkhidmatan sosial (SSO) untuk meminta bantuan.
"MSF (Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga) akan melancarkan CRG pada 18 Januari 2021 untuk menyokong pekerja bergaji rendah atau pertengahan dan individu yang bekerja sendiri yang pendapatan mereka terjejas oleh Covid-19...





