BERITA besar pembuka tirai 2021 adalah pengumuman bahawa projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tidak akan diteruskan, setelah kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang disarankan Malaysia menjelang tarikh akhir 31 Disember 2020.
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong mengumumkan dalam kenyataan bersama mereka bahawa kedua-dua negara jiran...





