Dalam satu catatan di Facebook, Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi dan Menteri Kewangan, berkata vaksin itu selamat dan berkesan, walaupun untuk bekas pesakit angin ahmar sepertinya.
"Semasa Perbincangan East Coast dengan penduduk tentang Fasa Tiga pada Ahad, vaksin adalah topik perbincangan utama. Kami secara berperingkat melancarkan strategi vaksin nasional dalam minggu-minggu dan bulan-bulan akan datang.





