Topik diikuti
Pergi ke BHkuDPM Heng: Vaksin selamat buat bekas pesakit strok, ambil dos pertama
MCI
Jan 20, 2021 | 8:45 PM
DPM Heng: Vaksin selamat buat bekas pesakit strok, ambil dos pertama
“
TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, telah mengambil dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 pagi Rabu (20 Jan), di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) di Hospital Tan Tock Seng.Dalam satu catatan di Facebook, Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi dan Menteri Kewangan, berkata vaksin itu selamat dan berkesan, walaupun untuk bekas pesakit angin ahmar sepertinya.
"Semasa Perbincangan East Coast dengan penduduk tentang Fasa Tiga pada Ahad, vaksin adalah topik perbincangan utama. Kami secara berperingkat melancarkan strategi vaksin nasional dalam minggu-minggu dan bulan-bulan akan datang.
"Saya menggalakkan anda mengambilnya apabila ia tersedia untuk anda. Ini bukan sahaja melindungi anda, tetapi juga orang yang anda sayangi dan masyarakat kita," tulis Encik Heng.