LONDON: Pierre-Emerick Aubameyang menemui semula sentuhan jaringannya, menyumbatkan dua gol dalam kemenangan 3-0 Arsenal ke atas Newcastle awal pagi semalam, sekali gus membolehkan pasukan itu memperbaiki kedudukannya di Liga Perdana England (EPL).
Gunners bergelut di zon bawahan sekitar sebulan lalu, namun 13 mata yang diraih daripada lima perlawanan terakhir membantu skuad bimbingan Mikel Arteta menduduki tempat ke-10 liga dan hanya...





