LEBIH 13,000 mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) telah memuat turun aplikasi telefonn bimbit bagi membantu mereka mempersiapkan diri bagi tenaga kerja.
Aplikasi 'NUS career+' itu dilancarkan secara rasmi pada Isnin (25 Januari) dan menggunakan kecerdasan buatan (AI) serta data besar bagi membantu pelajar merancang pendidikan dan kerjaya mereka dengan mengambil kira kemahiran yang ditimba serta yang dicari-cari sektor pekerjaan.





