SEBILANGAN besar daripada 25 kes import jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti pada Rabu (27 Januari) adalah pembantu rumah asing.
Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Rabu malam menjelaskan 16 pembantu rumah asing ini merupakan antara 18 pemegang permit kerja dari India, Indonesia, Malaysia dan Filipina yang positif Covid-19.





