DARI PHNOM PENH, KEMBOJA: TEAM Singapore melepasi garisan penamat Sukan SEA 2023 dengan cemerlang dengan berpesta emas pada hari terakhir pertandingan temasya sukan itu pada Selasa.
Dari kolam polo air ke gelanggang floorball, gusti dan tenis meja, lagu kebangsaan Majulah Singapura berkumandang di beberapa lokasi serata Phnom Penh, Kemboja.





