Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA 2023

S'pura bertakhta semula di kolam polo air

May 17, 2023 | 05:30 AM



DARI PHNOM PENH, KEMBOJA: TEAM Singapore melepasi garisan penamat Sukan SEA 2023 dengan cemerlang dengan berpesta emas pada hari terakhir pertandingan temasya sukan itu pada Selasa.



Dari kolam polo air ke gelanggang floorball, gusti dan tenis meja, lagu kebangsaan Majulah Singapura berkumandang di beberapa lokasi serata Phnom Penh, Kemboja.



Di Pusat Renang Olimpik dekat Stadium Nasional Olimpik pada pagi Selasa, Singapura kembali ditabal sebagai raja polo air Asia Tenggara.



Pasukan polo air lelaki Singapura merampas semula takhta mereka dalam Sukan SEA selepas membenamkan semua enam pesaing dan menjuarai kejohanan itu.



Kemenangan 22-14 Singapura ke atas pasukan tuan rumah Kemboja dalam perlawanan terakhir pusingan kumpulan pada Selasa mengesahkan pingat emas atlet polo air Singapura.



Jurulatih Singapura, Kan Aoyagi, memuji usaha dan pengorbanan anak didiknya.



"Kami berjuang mati-matian… Kami berlatih bersungguh-sungguh. Kemenangan yang benar-benar menggembirakan," kata warga Jepun itu.



Singapura menguasai saingan polo air lelaki Sukan SEA selama 54 tahun sebelum ia dirampas Indonesia, yang meraih pingat emas pada edisi 2019 di Filipina, kali terakhir sukan itu dipertandingkan di Sukan SEA.



Sedang pasukan polo air lelaki Singapura diangkat semula sebagai raja, pasukan floorball wanita terus kekal menjadi ratu rantau ini.



Di Dewan Taman Dinosaur pada Selasa, Singapura menumbangkan Thailand 4-2 dalam aksi final yang sengit.



Kemenangan itu sekali gus adalah hatrik pingat emas pasukan floorball wanita Singapura dalam Sukan SEA.



"Perasaannya sangat luar biasa," kata penyerang Singapura Siti Nurhaliza Khairul Anuar selepas kemenangan mereka.



"Kami tidak beraksi dalam Sukan SEA selama beberapa tahun dan untuk menang emas berturut-turut adalah satu pencapaian yang istimewa," tambahnya.



Singapura meraih emas pada 2015 dan 2019, dua edisi sebelum ini apabila floorball dipertandingkan.



Pasukan floorball lelaki Singapura, yang menang perak pada 2019, pulang dengan gangsa dalam edisi kali ini selepas menang 3-1 ke atas Malaysia dalam perlawanan penentu tempat ketiga pada Selasa.



Singapura juga meraih emas sulungnya dalam sukan gusti.



Timothy Loh mencipta sejarah setelah mengalahkan warga Kemboja Dorn Sao (4-0 menerusi kejatuhan) dan Lerdxai Khamtama dari Laos (11-0) untuk menduduki tempat teratas dalam kategori 125 kilogram gaya bebas lelaki di Dewan E Pusat Konvensyen Chroy Changvar pada Selasa.



Pemain tenis meja negara juga mantap di Kemboja.



Zeng Jian memenangi acara perseorangan wanita, manakala rakan sepasukan Izaac Quek dinobat juara perseorangan lelaki.



Kemenangan itu merupakan emas pertama mereka dalam Sukan SEA.



Sehingga 6 petang pada Selasa, Singapura telah menggondol 51 emas, 43 perak dan 64 gangsa selepas 18 hari bertanding di Kemboja.



Pungutan pingat itu mengatasi jumlah 47 emas, 46 perak dan 71 gangsa yang dibawa pulang dari Hanoi, Vietnam dalam edisi lalu Sukan SEA pada 2022.



Persembahan terbaik Singapura dalam Sukan SEA di luar negara kekal di Kuala Lumpur pada 2017 - 57 emas, 58 perak dan 73 gangsa.



Seramai 558 atlet - termasuk 260 pendatang baru - mewakili Singapura merentasi 30 sukan dalam Sukan SEA di Kemboja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >