KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah Mid Valley Megamall, ditutup sehingga tempoh yang belum ditetapkan susulan kebakaran membabitkan sebuah bilik pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Rabu.
Pengurusan pusat beli-belah berkenaan dalam satu kenyataan berkata penutupan itu adalah sebagai langkah keselamatan membabitkan semua pihak sama ada pengunjung dan petugas di situ, selain bagi memastikan bekalan elektrik kembali pulih semula.





