WHATSAPP akan melancarkan ciri baru yang membolehkan pengguna menyembunyikan perbualan mereka dalam fail di dalam telefon bimbit, yang boleh dibuka hanya dengan kata laluan atau biometrik seperti cap jari.
Dalam satu catatan blog, WhatsApp berkata ciri bernama 'Chat Lock' ini "melindungi perbualan paling peribadi, dengan adanya satu lagi lapisan keselamatan".





