SATU portal sehenti telah dilancarkan untuk menghubungkan tukang paip dengan peluang pekerjaan, sebagai sebahagian usaha membangunkan industri khidmat tukang paip yang lebih profesional.
Dengan kerjasama agensi air negara, PUB; NTUC dan Persatuan Paip Singapura (SPS), wadah sehenti SPS akan menjadi penghubung bagi tukang paip berlesen (LP) serta pihak berkepentingan lain di Singapura.





