KEHIDUPAN memang ada pasang surutnya – kadang di atas dan kadang di bawah. Kelihatannya begitu juga dengan nasib peserta Singapura, Farhan Shah, yang mewakili negara ke pentas peraduan realiti Astro di seberang Tambak, Big Stage 5.
Jika pada minggu pertama, beliau berada di tangga paling bawah dan nyaris-nyaris tersingkir, kedudukannya sekali lagi tergugat selepas menyanyikan lagu Dayang Nurfaizah, Di Pintu...





