SEORANG lelaki berusia 23 tahun yang bekerja di sebuah kedai telefon bimbit telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam penipuan mendaftarkan kad SIM pascabayar menggunakan butiran seorang pelanggan tanpa pengetahuannya.
Seorang wanita berusia 26 tahun turut ditahan kerana didakwa bersubahat dengan kesalahannya dengan mendaftarkan syarikat yang tidak aktif untuk mendapatkan kad SIM pascabayar yang tidak berdaftar daripada pembekal.





