POLIS telah memberkas dua wanita – seorang pemandu kereta dan seorang penunggang basikal – yang terlibat dalam satu pertelingkahan di jalan raya dekat Katong.
Penunggang basikal yang mengenakan baju berwarna kuning telah dilihat menghadang kereta berwarna kelabu dan kemudian melompat ke atas bonet kereta itu, di luar pusat beli-belah i12 Katong di East Coast Road.





