SEORANG lelaki berusia 31 tahun ditahan kerana memandu tanpa lesen dan memandu kenderaan tanpa kebenaran pemilik, selepas satu kemalangan di Yishun.
Gambar yang disiarkan di laman Facebook Beh Chia Lor – Singapore Road menunjukkan sebuah kereta putih remuk setelah melanggar tiang lampu di kaki lima, dengan bamparnya tercabut.





