BOGOTA (Columbia): Empat kanak-kanak Orang Asli yang hilang selama lebih sebulan dalam hutan hujan Amazon Colombia berikutan satu nahas pesawat kecil ditemui hidup, umum Presiden Gustavo Petro pada Jumaat.
“Kegembiraan untuk seluruh negara! Empat kanak-kanak yang hilang 40 hari lalu di hutan Colombia ditemui dalam keadaan hidup,” tulis Encik Petro di Twitter.





