Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) dan penerbangan bajetnya, Scoot telah mengendalikan 2.8 juta penumpang pada Mei 2023, peningkatan sebanyak 65.8 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2022.
Ini berikutan bertambahnya “permintaan terhadap perjalanan udara,” kata SIA dalam satu laporan bulanannya, pada Khamis.





