NEWFOUNDLAND (Canada): Ucapan takziah dan penghormatan mula melimpah sejak Khamis buat lima penumpang kapal selam pelancong Titan yang maut setelah kapal selam itu meletup di dasar laut berhampiran bangkai kapal karam terkenal Titanic.
Lima yang maut itu adalah seorang hartawan dan pengembara warga Britain, Encik Hamish Harding, 58 tahun; peniaga terkemuka kelahiran Pakistan, Shahzada Dawood, 48 tahun, dan anak lelakinya...





