OTTAWA: Pegawai keselamatan Canada telah memulakan siasatan berhubung letupan kapal selam pelancong di dasar laut, yang mengorbankan kesemua lima orang, pada Jumaat, sekali gus menimbulkan persoalan tentang ekspedisi tersebut yang tidak dikawal pihak berkuasa.
Serpihan daripada Titan yang tenggelam ditemui di dasar laut Atlantik Utara pada Khamis oleh kenderaan penyelam robotik yang dikerahkan daripada kapal pencari Canada, menamatkan usaha menyelamat...





