Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Canada lancar siasatan kapal selam pelancong Titan yang meletup

Jun 24, 2023 | 03:44 PM



OTTAWA: Pegawai keselamatan Canada telah memulakan siasatan berhubung letupan kapal selam pelancong di dasar laut, yang mengorbankan kesemua lima orang, pada Jumaat, sekaligus menimbulkan persoalan tentang ekspedisi tersebut yang tidak dikawal pihak berkuasa.

Serpihan daripada Titan yang tenggelam ditemui di dasar laut Atlantik Utara pada Khamis oleh kenderaan penyelam robotik yang dikerahkan daripada kapal pencari Canada, menamatkan usaha menyelamat antarabangsa lima hari yang sengit.

Menurut laporan Reuters, serpihan kapal selam Titan didapati bersepah di dasar laut kira-kira 1,600 kaki (488 meter) dari haluan kapal Titanic, kira-kira empat kilometer di bawah permukaan, kata Laksamana Muda Pengawal Pantai Amerika Syarikat John Mauger.

Beliau memberitahu media bahawa serpihan itu konsisten dengan “letupan dahsyat kenderaan itu,” serta bermakna kapal sepanjang 22 kaki itu akhirnya musnah ekoran tekanan hidrostatik yang tinggi, pada kedalaman itu.


Titan telah terputus hubungan dengan kapal sokongan permukaannya kira-kira satu jam 45 minit selepas memasuki ke dasar laut selama dua jam pada Ahad lalu.

Lima yang maut termasuk Encik Stockton Rush, pengasas dan ketua pegawai eksekutif OceanGate Expeditions yang berpangkalan di Amerika Syarikat, yang mengendalikan kapal selam itu dan mengenakan bayaran AS$250,000 ($337,640) seorang bagi sesi pengembaraan Titanic. Beliau telah memandu kapal itu.

Yang lain ialah jutawan Britain dan penjelajah, Encik Hamish Harding, 58 tahun; usahawan kelahiran Pakistan, Encik Shahzada Dawood, 48 tahun, dan anak lelakinya, Encik Suleman, 19 tahun, kedua-duanya warga Britain; serta pakar lautan Perancis, Encik Paul-Henri Nargeolet, 77 tahun.


Encik Nargeolet merupakan pakar terkemuka mengenai Titanic, kapal mewah British yang melanggar gunung ais dan karam pada pelayaran pertamanya pada April 1912, yang mengorbankan lebih 1,500 orang.


Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Canada (TSB) berkata ia melancarkan “siasatan keselamatan berhubung keadaan” operasi Titan kerana kapal sokongan permukaannya, Polar Prince, adalah kapal dari Canada.

Pasukan TSB telah dihantar ke St. John’s, Newfoundland, kira-kira 400 batu di utara lokasi kemalangan, untuk mengumpul maklumat dan menjalankan temu bual, kata agensi itu. -Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >