MOSCOW: Pemimpin kumpulan Wagner, Encik Yevgeny Prigozhin, berkata pada Isnin bahawa pemberontakan sehari oleh pasukan militia pimpinannya itu bukan bertujuan untuk menggulingkan pemerintah Russia, sebaliknya mahu menunjuk bantahan terhadap apa yang dianggapnya sebagai tindakan perang di Ukraine yang tidak berkesan.
Dalam ulasan terbuka sejak menamatkan pemberontakan lewat Sabtu, Encik Prigozhin mengulangi kenyataannya bahawa Wagner adalah pasukan pejuang paling berkesan di...





